Saturday, April 08, 2006

25 sebab suami MARAH..ahaha..

hehe...dah lama tak update...
ni aku repost dr tenet..

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara
sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i
tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla
bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau
selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie.
"hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan
barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang
disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw
drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf
mana satu.."


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu
dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan
cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section
tu ayang dah buat bungkus belacan.."


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga
suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana
printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka
la news pasal new peti ais tu..kita dah potong
simpan..."


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam
perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi
pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam
kita lupa beli garam,gula beras dan susu
budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas
kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan
kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya
kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak
beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa
mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i
dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah
cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana
kan ?? "


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau
apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu
i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan
kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana
nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet
pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang
kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput
lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan "


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak
dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa
langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak
keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma
untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah
pakai jeans koyak pun ok kan bang .."


13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap
macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan
membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak
pakai la so kena pilih betul betul .."


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa
menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau
mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu
masih berendam dalam besen lagi..nak pakai
jugak ke baju basah tu.."


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi
anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak
tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber
party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu
seminggu.."


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari
cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak
pergi jalan jalan mana pun.."


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak
bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong
ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda
lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan
memasak nih.."


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan
dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya
potong ayam nih.."


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa
memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak
client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi
nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak
...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u
nak tau....bla bla bla bla."


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang
hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula
tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak
budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla
bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul
periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke
apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih...betina mana pulak awak nak nih..."


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain
dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @
asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu
makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!"


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak
masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak
cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan
rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain
tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak
pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa
sebab-sebab yang munasabah. ie. "..you tidurlah
dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then
nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak
tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

No comments: