Monday, June 30, 2008

EURO 2008 - Final...and the winner is.....


SPAIN vs GERMANY
Spain are champions of Europe for the first time in 44 years after a 1-0 defeat of Germany in Vienna. A solitary goal from Fernando Torres in the 33rd minute was enough to hold off a German side who rarely looked like scoring. Spain had the majority of the chances in the second half of a game in which they were deserved winners.

Best..best. Aku tgk sambil makan roti aiskrem favourite ku. Di tambah lak ngan milo panas walaupun masa bgn tido tu rase kepala still sakit. Bole ilang lak sakit kpale layan bola ni. Ni la yang dikatakan Soccer Therapy. Hahahaha. Karut-mengarut di pagi hari.

Okay. Back to the topic, obviously, nampak sangat gameplay Germany smalam tak menjadi dan ntah ape2. Tak cam masa derang lawan Portugal kt Quater-final. Mase semi pun derang ni dah tunggang langgang. Derang byk nak try tactic sama ; score dari setpiece. Banyak kali aku perasan freekick yg Schweinsteiger amik tersasar@kene clear ngan Cassilas. Mesti la Spain dah sedia ngan tactic ni. Cross yg laju dr Podolski dr left side pun Schweinsteiger tak jadi. Hahaha, aku keseronokan disitu.

Spain. Anyway, congrats kt Spain ngan Si Tua yg suke membebel; Aragones sbb berjaya agak Spain ni wat balik Cup setelah lama mencuba. Cume before ni takde nasib jer. Mesti Abg Raul Gonzalez terasa sbb walopon dia tak terpilih dlm national team kali ni, Spain boleh mng Euro. Hahaha. Gelakkan utk Raul. And Spain mmg layak la utk mng Cup kali ni sbb derang mmg satu-satunya team yg mantain dr grouping sampai ke final; mng sumer game.

Banyak gile chances Spain, tapi satu je yang masuk. First, time Silva mmg free giler, Lehmahn pun dah pandang ke mana dah, tapi Si Silva ni lak sepak guna peha ke ape ntah melambung2. 2nd lak time Senna yg dapat bola heading dr Guiza..mmg dah free tapi nak sentuh bola tak kena lak. Rugi2. 3rd mase heading Torres kene tiang. Malas nak komen panjang2.

Lepas ni sepanjang bln7 ni mesti duk bising2 pasal player nye transfer market; Ronaldo pegi Real? Adebayor stay Arsenal? Lampard ngan Drogba ikut Mourinho pegi Inter?? Hahaha. Kite tggu je aa.

Sekian.

Saturday, June 28, 2008

Flashback

Jam menunjukkan pukul 3:31pagi. Ade jugak rase mantuk+ kroih2 sket. Sesambil layan nescaffe mild + lagu Firehouse ni, aku pun terlayan frenster. Tgk testi lama-lama. Ahahaha. Rase kelakar pun ade. Rasa malu segan silu pun ade.

Aku mula register kt frenster ni beberapa mggu before datang Nihon. Igt lagi time tu mana ade gambar digicam nak upload. So, copy paste gambar C.Ronaldo dari tenet je la. Teramat la poyos. And dah sampai nihon lak, dgn frenster ni lah kitorang satu batch ni nak kontek mengontek + tukar2 no phone. Sbb sumer orang tercampak jauh2. Time tu la duk kalut add frens la + tulis2 testi la. Tp yang pastinya time tu nye testimonial tersangat lah berbentuk testimonial. Sume orang tulis ikut skima yang sepatutnya. Mmg panjang berjela-jela. Tp skrang tak dah. Jadi cam tpt chatting pun ade. Hahaha.

Tgh tgk2 testi-testi lama tadi, terjumpa la testi yang ni.

Hahahaha. nanka natsukashi na.
Ijou desu.

aku : mata ngantuk tp hati xmau tido lg..ape nak wat..

Monday, June 23, 2008

EURO 2008 - The Best 4...


Kul 6setgh pagi tadi, 4 team yang akan ke semifinal rabu ngan khamis ni dah kettei. Germany, Turkey, Russia ngan Spain. Antara 3 team yang aku predict jadi champion ( Holland, Portugal, Spain ) nampak nye tggl Spain jer. Hahaha. Team2 underdog cam Turkey ngan Russia telah mengganas seperti mana ganas nye Greece 4 tahun lepas. Ingat kan tahun ni team2 underdog ni tak power sbb team2 power mmg power dari mula2 lagi.

Germany vs Portugal
Tensi btul aku tgk game ni. Defender Portugal main cam tak nak main jek. Kalo tgk balik tiga2 gol Germany, sumer nya silap defender ngan keeper sdiri. Bukan nye sbb striker Germany yang power. Si Fereira contohnya, 1st ngan 2nd gol Germany di sebabkan sikap acuh tak acuh Si Fereira ni mark orang. Cis2. Defender Chelsea ni. Mesti Scolari pas masuk Chelsea ni lelong Si Fereira. Kahkahkah. Ricardo ni pun silap sket tak kuar mase bola freekick tu menuju ke arah gol. Kalo kuar mesti bola tu tak singgah kt kepala Ballack ngan Klose.

Croatia vs Turkey
Game ni aku tak layan sbb tak suke tgk match team underdog. Hehe. Sedikit bias di situ. Tapi mmg diakui semua, Recber Rustu tu mmg keeper yang power. Pernah kejap main ngan Barca.

Holland vs Russia
Tak tau knape, segala ilmu magic oleh Holland tak jadi malam tu. Lagi pun aku sedikit ngantuk mase tgk match tu. Tp time2 tgh rancak tu mata aku jadi segar. Silap la Seiidorf tak masuk list team kali ni. Kalo tak mesti mantap nye center midfielder Holland. Syneider - Seeidorf. Perghh. Russia mmg bukan team Ayam. Lagi2 dgn Couch dia - Guss Hiddink ; pernah bawak Korea sampai semi final World Cup 2002 sambil mengalahkan Italy. Mmg takleh di jangka pakcik Hiddink ni. Ilmu mana ntah dia blajar. One more, Andrei Arshavin. Sblm ni tatau pun sape dia ni. Tp mmg laju main. Ade sket2 cam Robben.

Italy vs Spain
Game baru abih pagi tadi. Dan telah mengantukkan aku sehinggakan lambat bangun gi keje. Tp pikir2 balik..tak berbaloi berjaga tgk game ni. Sebijik gol pun takleh nak score. Keeper dua2 team power sgt. And aku suke ngan midfield Spain - mantap. And the Italian part lak, ish..Sape Donadoni ni?? Teruk btul manage team. Abih kucar kacir world cup holder. Baik lagi Marcello Lippi. Kesian tul kt Italy. Kenapa la di pakai nye striker bernama Toni tu. Tak cam striker pun. Sebijik pun tak score. And satu lagi, yang pegi letak ramai defender tu ape ke hal? Macam nak main 10 defender 1striker lak. kalo striker tu Eric Cantona ke Ok la. Pape pun takziah kepada Italy team and fans. Konfem kene sacked aa Si Donadoni tu. Tak lama tu.

Ape2 pun next match Rabu ngan Khamis ni. Bole rehat malam ni ngan esok. Tak larat nak berjaga tetiap malam pastu esoknye keje.

aku : kalo final Germany vs Spain fun gak. Jgn la Russia vs Turkey. Nanka tsumanneii~~


Thursday, June 19, 2008

EURO 2008 dan segalanya...

Akhirnya group nye game dah abih smalam. Team yg masuk best 8 dah confirm. And the next game will be :
Portugal vs Germany
Croatia vs Turkey
Netherland vs Russia
Spain vs Italy
Hahaha. Best2 kali game quarter final kali. Yang pasti aku akan layan sumer game kecuali Croatia vs Turkey( Hehe..sori la, aku tak tgk game team biase2). Dan semesti esok dan hari - hari seterusnya aku akan ngantuk giler kt ofis disebabkan bola.


Tak byk kejutan yg menyaksikan pasukan2 underdog cam defend champ; Greece x wat magik. Sbb Greece kali ni balik dgt 0 points. Sume game diorg kalah. Nak cakap team derang ngan team 4 thn lepas lain xde la sgt. Striker ngan keeper still sama. Lagi pun Greece xde terer pun. Sbb 4thn lepas derang ni byk main defend jer plus nasib derang baik++. So defend champ dah gulung tikar.


Team italy pun. Walopon world champ 2006, tp derang tak perform baik dlm game kali ni. Kene blasah seayam-ayamnyer ngan holland. Iskk. Time seri ngan Romania pun, kesian aku tgk muka Buffon walopun dah berjaya menafikan sepakan penalti si Mutu. Hahaha. Mmg muka tragis penuh perasaan aa. Last game berjaya mng ngan France yang sudah ayam. Tp Italy nye team kali ni mmg lain benor ngan team 2006. Tiada lg Maldini, Nesta, Cannavaro ngan Matterazi kt pertahanan. Kt striker plak, kalo ade Totti pun ok. Ni bagi Toni. Adehh. Kesian tgk Toni tu tersangap2 nak score. Ade yg dah retired ngan Injured.


Tapi Portugal, Spain, Holand mmg best. Hahaha. Maintain jer sepanjang grouping nye game. Harap2 salah satu dari team ini jadi Champion.

aku : mlm ni tido awal layan bola...

Monday, June 16, 2008

Parcel dari Malaysia

Minggu lepas, selepas sebulan lebeh sampai gak parcel yg tunang aku pos dari Malaysia. Sebulan lebeh gak aa makn masa. Seronok mmg seronok. Sepanjang 4 tahun aku kt Nihong ni, xnah aku dapat parcel dari msia. Heehehe. Even kuih raya ke, mmg aku tak galakkan mak aku antar; mahal shipping. Mmg setahun skali aku balik cuti tu, aku akan beli stok sethn nye.

Tp kali ni tunang nak antar. Seronok la. Sape tak seronok. Lagi pun aku tak balik bln8 thn ni. Bulan 12 baru balik. Kalo tak antar mmg abih la kan stok2 makanan mesia aku. Nak kene telan jepun ari2 tak larat aku. Mau muntah nanti.

Tenkiu Beri2 Much kt My Dearest Lovely Muah2 Baby2 Fiancee pos kan barang. Sedeh woo tak jumpa tunang 2 bulan lebeh dah ni. Baru aku memahami perasaan mereka2 yang bercinta jarak jauh. Isk..isk..
Besar woo kotak. Berat dianggarkan 17kg. Kos penghantaran RM90++

Haha. Tgk2 isi dalam lak. Ade Brahim's Masak Merah, Masak Madu, Masak Lemak, ikan bilis, sardin, jus jambu+honeydew, Asam, Biskut dan macam. 17kg tu. Suit sepasang ngan sluar slack + kemejas and ties pun ade. Sungguh la budiman hati tunang ku itu. Saya Sayang Sama Kamu.

Macam2 ada. Dan sume dlm condition yg baik. Opps~ fair and lovely??

Minggu ni gak tunang comey ku start keje kat Sony Bangi. Good Luck and Gambatte~~

aku : sori yek..entry yg sedikit jiwang. Skali skala takpe. Sesapa tak leh blah sile klik pada butang X di penhujung kanan windows browser anda.


Monday, June 09, 2008

24 years old..

Aku baru perasan yg aku ni dah tua gak aa. Tahun depan dah suku abad dah. Dah nak kawin dah. Kalo time aku kecik2 dulu, cam aku tgk pak su aku la. Time tu aku tgk hidup org dewasa ni cam best. Hahaha. Ye la. Orang dah dewasa.

Lagi2 ramai kawan2 sebaya aku..RPKJ or SAS nye member, ramai dah kawen. Memang dah masuk musim kut aa. Kawan2 yang aku bajet dulu lambat kawin sumer nya kawen dulu. Hihi. Aku pun tak lama gi. Jemput2 tambah nasi.

Semalam lak aku duk layan2 frenster, terjumpa lak Frenster cousin aku; yang dulu kecik2 lagi and teringat lagi time dia baru reti naik beskal duk prektis naik beskal depan umah. Tp br darjah 6 dan dgn illegal dia wat akaun frenster. Ramai lagi cousin aku yg dulu aku layan derang cam baby2 kecik skrg dah besar, layan frenster. Diorang2 ni la yang di panggil remaja kan. Aku ni dah bukan remaja. Hahaha.

Tp aku tak terasa sgt perubahan dlm diri aku yg mengatakan aku ni dah dewasa. Tak tau apsal. Haha. Memang sumer org tak kan rasa kot.

Ape2 pun enjoy life because life

aku : tgh gambatte kumpul duit + sep giler utk kawen

Minyak naik or Naik minyak

Dah nak dekat seminggu dah harga minyak naik 70sen kepada RM2.70 per liter. Memang ampeh gak aa kerajaan BN kite ni punye langkah penyelesaian utk mengatasi masalah kewangan negara. Tak boleh ke kalo PakLah and the gang ni cari cara lain ; contohnya memotong elaun - elaun pak menteri, membatalkan projek - projek mega koridor2 tu or wujudkan sejenis tax lagi ke ( potong kot gaji bulanan ). Bukan ape la, kalo harga minyak naik, sumer barang akan naik harga. Bukan certain2 brg jer yang naik harga. Ni SUMER benda naik harga. Kalo brg naik harga, tekanan hidup pun naik. Orang pun naik minyak. Adeh. Sungguh tidak rasional.

Mengikut teori aku. Kalo dikira harga minyak di per kan dengan monthly income, Malaysia nye minyak lagi mahal dr Jepun. Dah la Jepun ni mana ade minyak. Taik minyak byk aa. Contoh nya :
1. DI MALAYSIA
Gaji Fresh Graduate Engineer = RM 2100
Harga Minyak seliter = RM 2.70
Percentage Pembelian Minyak Seliter per Income = 0.13%
2. DI JEPUN
Gaji Fresh Graduate Engineer = 205000yen
Harga Minyak seliter = 170yen
Percentage Pembelian Minyak Seliter per Income = 0.08%

Secara matematik nya, rakyat Malaysia menggunakan duit gaji pada kadar yang lebih tiggi ( iaitu 65% ) berbanding rakyat Jepun utk membeli petrol. Macam mana la rakyat tak komplen. Dah la negara pengeluar minyak. Tu belum lagi di ambil kira harga brg2 runcit dan tak runcit yang akan mula naik dalam mggu ni. Gaji mantain level same. Mana bleh cam ni Paklah. Walo pun aku keje kt Jepun, tapi aku dapat merasai kesengsaraan rakyat2 Malaysia di tanah air ku.


Cume diharap la kan :
1. Tuntutan MTUC utk mendapatkan Elaun Kos Sara hidup tu diluluskan. Kesian tul tgk org2 keje makan gaji yg gaji kecik dan sederhana, lagi2 kalo duk bandar besar.
2. Empat Langkah yg kerajaan nak umumkan mggu ni tu dapat membantu rakyat2 yg susah tu.


Aku yg penyokong setia BN ni pun dah rase semacam dah.

aku : tak tau la bile nak balik Malaysia ni. Isk..duk merantau lg best. Politik2!!

Sunday, June 01, 2008

Thanks to JT again..


Countdown : 6days to Euro 2008...