Sunday, October 15, 2006

Windows Vista akan dilancarkan awal 2007


Setelah berbulan-bulan penyelengaraan tanpa sebarang keputusan berhubung berapa versi yang akan dikeluarkan, Microsoft pada hari ini dengan secara rasminya telah memutuskan untuk melancarkan lapan versi untuk sistem operasi terbaru syarikat gergasi Redmond itu, iaitu Microsoft Windows Vista.

Menurut satu posting di laman web mereka, Microsoft telah memutuskan untuk melancarkan enam pakej core Vista (atau SKU Vista), dan tambahan sebanyak dua core siri yang diubahsuai khas untuk Kesatuan Eropah (EU) di mana ia tidak akan memasukkan perisian multimedia Windows Media Player.Versi - versi berkenaan adalah Windows Starter 2007; Windows Vista Enterprise; Windows Vista Home Basic, Windows Vista Home Premium, Windows Vista ultimate, Windows Vista Business, Windows Vista Home Basic N dan Windows Vista Business N.Versi yang bertanda N adalah versi di mana tidak disertakan bersama Windows Media Player.

Walau bagaimana pun, masih tidak jelas sama ada versi Starter yang dinyatakan di laman web Microsoft itu adalah sama seperti versi Windows XP Starter Edition, di mana ia hanya menawarkan ciri-ciri asas dan disediakan untuk negara-negara membangun.SKU Vista kali ini dijangka mengandungi beberapa kejutan, dan Microsoft diramalkan akan memasukkan ciri-ciri yang terdapat pada versi masakini Windows XP Media Center Edition dan Windows XP Tablet Edition ke dalam SKU lain - FoxNews.com

Adakah PC anda sudah bersedia untuk Window Vista??

p/s : huhu..microsoft windows vista...cam fun jer...vista angkasa..hmmmm...ish2...lagi 10 hari nak raya

No comments: